Coretan Di Hari Sabtu.

Akhirnya aku berjaya duduk dihadapan TV sambil bersantai dengan sebuah buku yang aku baru jumpa didalam almari tempoh hari. Setelah hampir 2 jam mentelaah, aku mula bosan. Mata aku mula juling meneliti hasil tulisan si Yahudi, Adam Kirsch dan otak aku mula berkhayal. Masa untuk berhenti membaca dan sekarang masanya untuk menulis.

Hari kerja telah berakhir dan hujung minggu yang dinantikan-nantikan sejak Isnin yang lalu telah tiba. Secara am, banyak insiden-insiden yang berlaku pada minggu yang baru berakhir ini. Tetapi apakan daya, otak aku tidak mampu merekodkan segala yang berlaku secara terperinci. Aku hanya mampu membuat beberapa kesimpulan tentang apa yang menjadi sorotan utama sahaja.  

Seperti biasa, hadir saja bulan Oktober, borang penilaian individu akan di bahagi-bahagikan oleh pihak sumber manusia kepada semua kakitangan. Sudah menjadi 'tradisi' di kalangan ahli kumpulan penyelia (termasuk aku) untuk menjadi sibuk, emosional dan keletihan sepanjang tempoh sebelum tarikh akhir penyerahkan kembali borang-borang ini kepada sumber manusia. 

Secara peribadi, aku rasa majoriti di kalangan kakitangan-kakitangan aku tidak menyedari hakikat ini. Mereka lebih selesa dengan anggapan bahawa tugas sebagai seorang penyelia itu mudah kerana penyelia tidak perlu menghadap serta melayan karenan pelanggan seperti mereka. Baru-baru ini riuh kedengaran keluhan-keluhan tidak berasas tentang bagaimana para penyelia membuat kerja secara 'main-main' dan 'syok sendiri' dalam menilai dan memberikan markah penilaian mereka. 

Betul atau tidak, terpulang pada individu. Tepuk dada, tanya-lah diri sendiri. Apa yang pasti, hanya yang Maha Esa sahaja tahu sejauh mana kejujuran dan keikhlasan para penyelia untuk membantu semua pihak yang terlibat. Tidak payah kita menghukum serta menilai mereka - itu kerja Allah dan Dia Maha Mengetahui. Silap meneka atau menilai, kita pula yang berdosa nanti. (Ralat: Bukan semua kakitangan aku sebegini. Aku tahu ada segelintir yang memahami perasaan para penyelia dan bersimpati. Kepada mereka, aku ucapkan terima kasih. Tahniah kerana sememangnya anda telah berjaya merubah mentaliti anda).

Hari Rabu tempoh hari aku dikejutkan dengan kematian seorang sahabat. Walaupun jarang berjumpa secara fizikal, tetapi kami sering berinteraksi melalui Twitter dan Facebook. Arwah diceritakan telah menghembuskan nafas terakhir ketika keluar berjogging awal pagi Rabu yang lalu. Khabarnya arwah rebah ketika berlari kerana serangan sakit jantung. Arwah terus hidup didalam kenangan bersama isteri dan seorang anak perempuan yang masih kecil. Semoga legasi "Tuan Senang Besar" terus hidup dilaman media sosial. Al-Fatihah dan tenang-lah engkau disana wahai sahabat. 

Dua hari yang seterusnya langsung tidak membawa sebarang berita mahupun apa-apa yang mampu mengubat hati yang sedang sedih. Sebaliknya aku mula lemas dan aku dapat merasakan diri bagai tenggelam didalam laut yang tiada dasar. Segala yang aku baca dari hasil tulisan Tun Mahathir bertahun dahulu didalam karya agungnya, "Malay Dilemma" terbukti dihadapan mata dan masih lagi releven pada hari ini. 

Barangkali kerana terlalu letih, aku agak emosi medengar suara-suara lantang yang begitu lumanyan mencaci serta mencerca. Tambah memilukan apabila tomahan-tomahan yang mereka ditujukan itu adalah kepada individu yang aku anggap sedang cuba untuk keluar dari pesepsi sejagat tentang bangsa Malayu. Yang rajin membuat kerja dianggap cuba untuk 'naik cepat' dan mengampu. Mereka katakan rajin individu tersebut tidak bertempat dan secara dasarnya hanya dibuat-buat. Kemudian, yang bersuara lantang tentang sesuatu isu, tetapi tanpa sebarang asas serta bukti yang kukuh pula, disanjung tinggi dan dianggap sebagai penyelamat.

Aku pelik dan sungguh sedih dangan golongan-golongan ini. Kenapa harus bersikap begini? Kenapa tidak boleh menerima hakikat yang ada orang lain yang mungkin lebih baik? Kenapa tidak mahu berikan sokongan kepada rakan ini? Bukankah dia rakan sekerja dan sudah saling kenal mengenali selama 5 - 6 tahun? Kalau betul dengki dengan 'kejayaan' individu ini, mengapa tidak tunjukkan sikap yang positif dan berusaha dengan lebih hebat untuk menandingi beliau? Bukankah persaingan yaang sikap ini lebih membina dan baik untuk memajukan bangsa?

Disini aku hendak jelaskan aku bukan seorang yang pandai ataupun berpengalaman luas. Jauh sekali, dan tidak pernah aku menganggap aku lebih pandai daripada orang lain kerana sebetulnya, aku masih mentah. Namun, aku pernah berpeluang untuk menjengok tingkah laku orang-orang luar yang majoriti daripada mereka mempunyai sikap serta mentaliti yang jauh lebih baik dari kita semua. Aku juga pernah berkerja dengan golongan-golongan Melayu yang selalu bersikap positif dan sering ingin mencabar kebolehan diri sendiri - tanpa perasaan iri hati atau saling dengki mendengki.  

Jadi maafkan aku bila aku katakan yang aku benci melihat orang Melayu yang masih lagi mempunyai sikap-sikap negatif yang begitu mendefinasikan bangsa kita. Mudahnya, aku tidak suka manusia yang malas, tidak mahu berubah demi kebaikan semua, faham tetapi enggan menerima konsep, tidak mahu mencuba sesuatu yang baru dan yang paling aku benci - suka menjatuhkan orang lain apabila orang itu cuba untuk mengubah taraf diri.

Baiklah, aku rasa cukup untuk minggu ini. Minggu adalah minggu yang sibuk buat aku. Isnin pasti memenatkan kerana aku harus selesaikan semua urusan penilaian kakitangan. Selasa pula aku diamanahkan untuk menemuduga kakitangan baru. Manakala Rabu dan Khamis aku tiada dipejabat kerana menghadiri 'work shop' media sosial. Apa-apa kerja yang bertimbun diatas meja hanya akan dapat disiapkan pada hari Jumaat. Sabtu hadapan adalah Sabtu berkerja. 

Have a nice weekend, dear friends. Sekian.

0 Response to "Coretan Di Hari Sabtu."

Post a Comment