Edrees Ryan, My Hero.

Segala yang berlaku pada minggu yang baru sahaja berakhir ini telah banyak mengajar aku tentang realiti kehidupan sebagai seorang suami, bapa dan ketua keluarga.

Anak bongsu aku, Edrees Ryan telah "di-hospitalized" oleh doktor apabila dia diserang seizure pada hari Selasa yang lepas. Bapa aku, yang berada di rumah, telah bergegas menghantar Ryan ke hospital Serdang. Aku dihubungi oleh ibu tentang apa yang berlaku dan dengan keadaan yang kelam kabut, aku menuju ke hospital Serdang.

Dari hospital Serdang, Ryan kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) atas persetujuan sebulat suara  oleh aku dan isteri. Pusat Perubatan Pantai menjadi pilihan pertama kami, namun handak dijadikan cerita wad peadiatrik mereka pada ketika itu telah penuh. Setiba di PCMC, Ryan terus dibawa masuk ke bilik kecemasan dan lantas diperiksa oleh doktor pakar kanak-kanak, Dr.Anna. Beliau mengesahkan keadaan suhu badan Ryan yang tinggi lalu menasihati aku untuk menerusksan dengan "admission" bagi pemantauan lanjut.

Secara keseluruhannya, kami bermalam di PCMC selama lima hari dan empat malam. Sepanjang tempoh ini, Ryan dijaga dan dipantau rapi oleh para jururawat dan Dr.Anna. Suhu badan Ryan diperiksa setiap 4 jam dan jika ianya tinggi, ubat untuk menurunkan suhu badan akan terus diberikan segera. Makan dan minum Ryan dijaga rapi oleh mereka dan kemudahan "room service" pula banyak membantu aku dan isteri.

Didalam tempoh ini ramai rakan-rakan telah memberikan semangat dan kata-kata perangsang melalui telefon, email, Facebook dan Twitter. Ada juga yang telah datang melawat secara fizikal. Bagi mereka yang tidak dapat datang atau at least bertanyakan khabar (terutamanya keluarga terdekat dan rakan sekerja di pejabat) usah bimbang, kami tahu hidup anda terlalu sibuk untuk meluangkan sedikit masa bagi kami yang tidak begitu penting didalam hidup anda ini. Anda semua dimaafkan tanpa sebarang perasaan prejudice.

Kesimpulannya, aku dapati ramai rakan-rakan diluar sana banyak bersikap mengambil berat. Walaupun ada diantara mereka yang aku langsung tidak kenali secara rapat, namun mereka-mereka ini begitu concern dan secara jujur ingin mengambil tahu setiap perkembangan Ryan. Sikap sebegini tidak tertumpu pada satu bangsa atau golongan sahaja malah rakan-rakan aku (terutamanya di halaman sosial Twitter) datang dari berbilang bangsa, berbilang kaum, dan berbilang fahaman politik. Sekali lagi aku ingin mengucapkan jutaan berterima kasih kepada anda semua - you guys helped and helped a lot in my most trying of times. You shall and will not be forgotten. 

0 Response to "Edrees Ryan, My Hero."

Post a Comment